Friday, August 16, 2013

aku jatuh Cinta

yahh.. tajuk nak cliche je kan. well.. jatuh cinta bukan bermakna kena jatuh cinta dgn gadis. tapi aku jatuh cinta dengan teknik pen'touch up'an gambar aku yang terbaru. menjadi kan aku lebih bersemangat untuk menjadi seorang photo retoucher yang disegani. nah kau nyahh... tinggi gitu. haha. tapi tak salah kan? 

bermulanya dengan ajaran seorang rakan. dia yang membuka mata aku dan aku mulanya macam "haishh... susahnyaa..malasnyaa..." tapi dalam dunia ni kan, setiap masalah tu ada jalan penyelesaiannya. cuma atas kita nak kena pikir, nak kena guna cara yang macam mana. bak kata seseorang pada aku. " hidup kena kreatif brader. jgn biarkan otak kita di block dengan perkataan 'susah' atau 'malas'." hahaha. 

pada aku seorang photographer ni bila nak touch up gambar, memang harus bermain dgn 'crop' sedikit sebanyak. mulanya aku macam "crop? rugi la tangkap gambar. baik zoom je masa nak tangkap gambar tu." tapi bila aku ada tertengok satu rancangan pasal photography kat youtube, ada satu challenge ni pasal pro-photographer vs compact camera. dorang pun tangkap gambar then bila edit suma pakat cakap pasal crop. dan hasilnya.. wallah. superb. lalu aku pun try la. main sikit dgn crop, main sikit dengan brightness and contrast, vibrance sikit, etc, etc lalu hasilnya.. wallahhh.. 

ni gambar sebelum dan selepas. momen ni aku snap kat Muzium Losong, Kuala Terengganu.



No comments :

Post a Comment

more cool stuff