Wednesday, July 31, 2013

Pak Samad

Event: Pelancaran Hari Usman Awang
Venue: Galeri Chandan, Bukit Damansara.

kehadiran Pak Samad a.k.a Dato A.Samad Said sebenarnya paling aku nanti. walaupun dia sampai kat sini hampir-hampir waktu berbuka puasa, tapi kehadiran dia tetap dinantikan semua orang yang datang kat sini. dan aku terharu gila bila dengar pak samad mengdeklamasikan puisi untuk arwah usman awang. haaa.... nak nangis... (T_T)



ini adalah ayat kegemaran aku

Aku memang selalu tgk movie indonesia kat youtube. dan masa tu aku betul-betul tgh down tentang dunia fotografi. isteri aku selalu ckp aku cepat putus asa. aku akui memang salah aku. sbb aku tak betul-betul fokus pada fotografi. aku sibuk membuat menda lain yang pada aku boleh mendatangkan duit atau hasil. 

serius aku silap kat situ. Ada sekali tu aku tertengok movie indonesia pasal fotografi. dan nak dijadikan cerita, satu hari ni aku bukak youtube dan search 'indonesia full movies'. makanya dengan itu, aku telah bertemu quotes yang pada aku memang betul-betul 'dush' kat pale aku. aku memang cepat men'judge' hasil karya aku buruk lah, tak cantik lah, apa-apa lah. tapi pada hakikatnya, aku sendiri mengalami sindrom 'low self esteem'.

dan karektor dalam filem itu telah berkata,

"kita ini tidak bisa menilai hasil karya kita. biarkan orang lain yang menilainya. Biarkan gambar itu yang berbicara"

dan hasilnya, masa pelancaran Hari Usman Awang, aku telah diberikan satu tugas untuk mengkelik setiap moment di situ. selesai tugas mengkelik moment, aku edit gambar-gambar itu. dan bila aku menghantar pada client aku, ini yang kedengaran di telinga aku.

"gambar anda superb. i really like it. thank you!"

dan aku kembali bersemangat untuk meneruskan apa yang aku kejar selama ini. apa yang aku mahu jadi untuk tempoh 10-20 tahun dari sekarang. 

terima kasih tuhan.

Monday, July 29, 2013

Eksperimentasi HolGa 2

moment di Kuala Abang, terengganu ni adalah moment yg susah aku nak lupa.

Friday, July 26, 2013

EKsperiMEntasi HolGA

sebenarnya gambar ni dah lama. tapi diberi sentuhan baru. aku tak tangkap gambar ni pakai camera hipster lomo, sebaliknya aku tangkap gambar ni guna phone camera je. haha. dulu aku memang gila kat camera lomo pun. cuma sampai skarang aku tak pernah ada pun camera lomo. 

bukan ape. aku teringat kata-kata bekas art director aku masa aku kije kat advertising agency dulu.

"membazir je ko beli camera lomo. ni ha. kat internet bersepah effek lomo. ko dah ada digital camera. apa lagi. kasi tangkap, kasi edit. baru la graphic designer".

dan inilah hasilnya. aku akui kat internet memang banyak efek lomo ni. tapi tak semua kena dgn gambar yang kita snap guna DSLR. cuma kena pandai edit sikit la. kasi adjust-adjust sikit. bukan main trus letak je efek dia. dan gambar kat bawah ni adalah hasil eksperimentasi aku dgn efek lomo.
tribute to Abg Din. sbb gambar ni aku tangkap masa aku kat kampung abg din kat pilah. 

Thursday, July 25, 2013

Encik Red - Kuala Abang, Terengganu

sepagi di Kuala Abang, Terengganu.

The Snugglepuss. Kalau rasa-rasa dorang ni comel, belilah.

yahh.. macam dah lama aku tak update blog ini. bukan apa. terbizi sedikit dengan perkara-perkara yang ntah hape-hape. 

well.. harini aku tak der cerita sangat. cuma nak kongsi menda-menda kucing ni kat sini. kami panggil mereka ini 'The Snugglepuss'. Beberapa ekor kucing comel handmade yang hanya limited sahaja keberadaan mereka kat fb aku. kalu rajin korang klik la kat sini. https://www.facebook.com/media/set/?set=a.580947468614672.1073741840.525336470842439&type=1













more cool stuff