TentanG HakimNadzeri Photography

Overview.

HakimNadzeri Fotografi terdiri daripada 4 orang photographer dan seorang make up artist. Semangat pasukan kami dalam fotografi perkahwinan telah memberi inspirasi kepada kita untuk menangkap & menghargai detik-detik berharga.

Kami menyediakan perkhidmatan fotografi profesional untuk hari perkahwinan, pertunangan, pra-perkahwinan dan sebagai potret karya seni.

Kami dikenali juga sebagai 'Pengkelik Momen'. :) 

Bermulanya cerita.

Start dari tahun 2007, masa tu seingat aku adalah dari ajakan seorang kawan untuk mengkaver dia untuk satu majlis kawen di melaka. dan start dari situlah kejadian aku mengklik gambar untuk pasangan yg berkahwin.

dan setelah beberapa tahun mengkelik gambar, maka lahirlah aperantis aku yang terdiri dari isteri aku sendiri, dan dua orang rakan yang pada mulanya macam segan nak mengkelik gambar ini. hasil dari tunjuk ajar dan didikan, maka lahirlah individu ini kedalam dunia fotografi HakimNadzeri. mereka adalah izza a.k.a puan isteri, Jen Ayyad dan Nasyrun Nasyrun.

Team HakimNadzeri photography ni jugak mempunyai seorang make up artist yang nama dia pun agak femes. Jadi kepada para gadis atau wanita-wanita yang mahukan makeover, boleh juga menghubungi kami.

Kepada sesiapa yang mempunyai soalan atau enquiry untuk mengundang kami sebagai pengkelik momen sewaktu hari bersejarah atau apa-apa juga peristiwa, boleh lah email kepada kami.

Email kami : hakimnadzeri@gmail.com

HakimNadzeri Photography adalah dimiliki oleh Rock & Jellybeans Enterprise (SA0253210-A)
Content © HakimNadzeri. All rights reserved.

No comments :

Post a Comment

more cool stuff