Thursday, August 29, 2013

Nak raYA KatanyA

ok. yg ni lain sikit. ceritanya pada bulan puasa yang baru-baru ni 3-4 hari lagi nak raya aku dapat panggilan dari seorang teman. katanya mahu aku untuk mengkelik momen dia bersama pelanggan-pelanggan dia di kiosk miliknya di SACC Mall, Shah Alam.

dan berikut adalah sebahagian dari momen yang dikelik pada hari yang dijanjikan. walaupun bulan puasa, kerja tetap kerja ye dak? 









Wednesday, August 28, 2013

Suzie + Ug: Prewedding Photo SEssion

Suzie + Ug ni bakal melangsungkan perkahwinan selang beberapa minggu je lagi. yahh. makanya mereka telah meminta kami untuk mengkelik momen mereka ini kononnya last 'dating' sebagai pasangan kekasih. wahh ayat.. jiwang karats. hahaha

kepada Suzie + Ug, selamat pengantin baru in advance dari kami di Pengkelik Momen.














Wednesday, August 21, 2013

Pengkelik Momen: IzzaMohdNor

IzzaMohdNor ni adalah merupakan isteri terchinta. merupakan seorang sahabat karib a.k.a bff dari zaman berkawan lagi. haha. makanya pada suatu hari aku telah mendapat job untuk mengkelik momen di kuala terengganu. dan kebetulan masa tu aku sedang kebuntuan kerana kekurangan seorang photog. dan secara tiba-tiba, keluar dari mulut izza "takpe. jgn risau. i buleh back up u as a photographer." and start from that day, izza ni menjadi orang kuat bagi team pengkelik momen a.k.a HakimNadzeri Photography.






ATTEntion LAdies!!!


teaSEr 2


There is only one happiness in life, to love and be loved.
~ George Sands ~


Friday, August 16, 2013

aku jatuh Cinta

yahh.. tajuk nak cliche je kan. well.. jatuh cinta bukan bermakna kena jatuh cinta dgn gadis. tapi aku jatuh cinta dengan teknik pen'touch up'an gambar aku yang terbaru. menjadi kan aku lebih bersemangat untuk menjadi seorang photo retoucher yang disegani. nah kau nyahh... tinggi gitu. haha. tapi tak salah kan? 

bermulanya dengan ajaran seorang rakan. dia yang membuka mata aku dan aku mulanya macam "haishh... susahnyaa..malasnyaa..." tapi dalam dunia ni kan, setiap masalah tu ada jalan penyelesaiannya. cuma atas kita nak kena pikir, nak kena guna cara yang macam mana. bak kata seseorang pada aku. " hidup kena kreatif brader. jgn biarkan otak kita di block dengan perkataan 'susah' atau 'malas'." hahaha. 

pada aku seorang photographer ni bila nak touch up gambar, memang harus bermain dgn 'crop' sedikit sebanyak. mulanya aku macam "crop? rugi la tangkap gambar. baik zoom je masa nak tangkap gambar tu." tapi bila aku ada tertengok satu rancangan pasal photography kat youtube, ada satu challenge ni pasal pro-photographer vs compact camera. dorang pun tangkap gambar then bila edit suma pakat cakap pasal crop. dan hasilnya.. wallah. superb. lalu aku pun try la. main sikit dgn crop, main sikit dengan brightness and contrast, vibrance sikit, etc, etc lalu hasilnya.. wallahhh.. 

ni gambar sebelum dan selepas. momen ni aku snap kat Muzium Losong, Kuala Terengganu.



Promosi Mengkelik Momen di hari perkahwinan anda.

Tawaran ini hanya tertakluk pada terma dan syarat. Tawaran ini juga bermula dari bulan september 2013 sehingga November 2013.

Whatsapp atau call 011 12980434 atau PM kami atau email: hakimnadzeri@gmail.com untuk tempahan atau pertanyaan.

© All Rights Reserved. Any unauthorized copy, usage or reproduce of the image are strictly prohibited
.



Thursday, August 15, 2013

PreWedding: Izzat + Nana

well, mereka ini adalah merupakan kakak ipar aku dan juga bakal abang ipar aku. dan mengetahui yang adik iparnya ini melakukan aktiviti mengkelik momen, makanya mereka telah menghire kami untuk detik main-main mereka ini sebelum menjadi detik betul-betul nanti pada 1 sept 2013. owh. ada lagi 2 minggu. haha. 

P/S: pado bakal abang ipar, Rilex brader. jangan berdebor neh. tunggu tangan ayah mertua mu menggigil time akad nikah nanti baru buleh berdebor macam aku haritu. hahahahaha















Faiz & Rini Outdoor Photoshoot

momen yang dirakamkan di Klang, Selangor. merupakan pasangan 3 beradik yang bersanding serentak. dan ini merupakan momen yang mencabar juga kerana masing-masing pasangan mempunyai photog mereka sendiri. makanya momen kami tercipta bersama si kakak yg sulung. dan yang diupload ini merupakan sebahagian dari aktiviti outdoor. semoga terhibur. 









more cool stuff