Wednesday, July 31, 2013

ini adalah ayat kegemaran aku

Aku memang selalu tgk movie indonesia kat youtube. dan masa tu aku betul-betul tgh down tentang dunia fotografi. isteri aku selalu ckp aku cepat putus asa. aku akui memang salah aku. sbb aku tak betul-betul fokus pada fotografi. aku sibuk membuat menda lain yang pada aku boleh mendatangkan duit atau hasil. 

serius aku silap kat situ. Ada sekali tu aku tertengok movie indonesia pasal fotografi. dan nak dijadikan cerita, satu hari ni aku bukak youtube dan search 'indonesia full movies'. makanya dengan itu, aku telah bertemu quotes yang pada aku memang betul-betul 'dush' kat pale aku. aku memang cepat men'judge' hasil karya aku buruk lah, tak cantik lah, apa-apa lah. tapi pada hakikatnya, aku sendiri mengalami sindrom 'low self esteem'.

dan karektor dalam filem itu telah berkata,

"kita ini tidak bisa menilai hasil karya kita. biarkan orang lain yang menilainya. Biarkan gambar itu yang berbicara"

dan hasilnya, masa pelancaran Hari Usman Awang, aku telah diberikan satu tugas untuk mengkelik setiap moment di situ. selesai tugas mengkelik moment, aku edit gambar-gambar itu. dan bila aku menghantar pada client aku, ini yang kedengaran di telinga aku.

"gambar anda superb. i really like it. thank you!"

dan aku kembali bersemangat untuk meneruskan apa yang aku kejar selama ini. apa yang aku mahu jadi untuk tempoh 10-20 tahun dari sekarang. 

terima kasih tuhan.

No comments :

Post a Comment

more cool stuff